Tuesday, January 22, 2013

Solat Perlu Surau atau Masjid Ke?

Assalamualaikum wbt..!

Baru baru ni saya menumpang kereta anak saudara dan berhenti disebuah stesen minyak. Sambil anak saudara mengisi petrol Ron 95 ke dalam tangki keretanya, saya ke sebuah paip di belakang stesen untuk berwuduk. Semasa saya sedang berwuduk tu, saya perasan ada abang pekerja disitu yang sedang mencuci depan tandas sambil memerhatikan saya.

Selesai sahaja saya wuduk, dia terus beritahu saya "kat sini tak dak tempat sembahyang". saya cuma tersenyum dan berkata "tak pa bang..!" sambil berlalu.

Begitulah mentaliti kebanyakan orang kita sekarang. Mungkin khususnya di negara kita ini. Kebanyakan alasan kita tak sembahyang kerana tak ada surau atau masjid. Islam ini mudah dan memudahkan. Kita nak sembahyang tak perlu alatan dan tempat khusus. Asal saja bersih, maka disitulah kita boleh sembahyang.

Teringat cerita sahabat yang ariffbillah dan masih terngiang-ngiang sampai sekarang ini tentang kisah iblis laknatullah datang berjumpa Rasulullah saw. Dalam dialog itu, iblis menceritakan bahawa dia adalah ahli ibadah dan sebut sahaja bumi mana yang dia tak pernah sujud kepada ALLAH swt. Subhanallah..!!
Iblis yang menjadi ahli ibadah dan tidak ada tempat dibumi yang tidak pernah disujud olehnya pun masih boleh derhaka kepada ALLAH swt, apa lah ada dengan kita ini.

Ya ALLAH..ampunilah kami.

No comments:

Post a Comment