Jabal Rahmah 30.01.13
Assalamualaikum wbt..!!!
Jabal Rahmah (Bukit kasih sayang) termasuk di dalam kawasan Arafah. Semasa musim haji, padat jemaah di sini. Di dalam bulan-bulan lain, keadaan di sini agak tenang sahaja. Jika jemaah yang mengambil pakej umrah, mereka akan di bawa melawat ke sini sebelum di bawa bermiqat.
Di sini ada berberapa tips kepada jemaah umrah semasa melawat ke sini. Sebaik sahaja turun dari bas, jemaah akan dihampiri oleh lelaki-lelaki (selalunya dari Yaman) yang menawarkan jemaah menunggang unta. Jika pandai menawar, harganya serendah SR5.00. Apabila naik sahaja unta tu, maka di sinilah selalunya jemaah akan terkena. Jemaah akan diminta menggayakan aksi-aksi menarik sambil di ambil gambar oleh mereka. Bila turun unta, jemaah jangan terkejut jika dikenakan caj SR250.00 termasuk gambar. Ramai jemaah terutamanya yang dah berumur membayar sahaja harga tersebut kerana tidak mahu menimbulkan masalah.
Unta di Jabal Rahmah
“dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya”
Surah Ad Dhuha ayat 10.
Jemaah akan melalui keadaan ini semasa menuju ke puncak
Bila sampai di atas, ada lagi pemuda-pemuda arab Yaman yang beriya-iya mahu mengambil gambar anda. Sama seperti di bawah, mereka ini juga meminta anda menggayakan pelbagai aksi dan kemudian akan meminta (memaksa) anda membeli gambar tersebut. Sekeping SR20.00.
Suasana di puncak Jabal Rahmah
Di puncak Jabal Rahmah, kebanyakan jemaah berdoa yang berkaitan dengan jodoh sempena mengambil kira disinilah pertemuan pertama Adam dan Hawa setelah terpisah sekian lama semasa di turunkan ke bumi. Jika mahu berdoa, bergeraklah ke hadapan batu dan mengadap kiblat tanpa ada halangan apa-apa pun di hadapan. Mintalah kepada ALLAH swt kerana “hanya Dia tempat meminta” dan “tiada siapa yang diminta melainkan Dia”.
ALLAHualam.
Hajar Aswad
Ramai juga jemaah umrah atau bakal jemaah umrah memasang niat untuk mencium hajar aswad apabila tiba di Masjidil Haram. Kita boleh mendengar dan membaca bahawa Nabi Muhamad SAW serta para sahabat mencium batu daripada syurga ini. Yang disunatkan cium adalah 8 batu asal Hajar Aswad yang dilekatkan dimana yang paling besar adalah sebesar buah kurma. Jika ada kesempatan, ciumlah lah batu ini kerana dibatu ini lah tempat bertemunya bibir bibir para nabi, sahabat sahabat, wali wali dan para solehin.
Tetapi kebelakangan ini umat Islam yang mengerjakan umrah dalam satu-satu masa amat ramai dan menyukarkan orang ramai mencium hajar aswad. Ada ketika jemaah terpaksa berasak-asak dan ada kalanya yang tercedera ketika berusaha mencium hajar aswad.
Di zaman Nabi Muhamad SAW, Nabi SAW menyentuh hajar aswad ini dengan 4 cara iaitu
2. Menyentuh dengan tangan
3. Menyentuh dengan tongkat
4. Melambai ke arah hajar aswad (Istilam).
Oleh itu bagi jemaah yang tidak berkesempatan mencium hajar aswad, pahala mencium hajar aswad tersebut boleh diperolehi dengan sekurang-kurangnya melakukan Istilam iaitu melambai tangan ke arah hajar aswad.
Untuk tempahan, sila klik Pendaftaran Online
Panduan Pakaian/Keperluan Untuk Dibawa Ke Tanah Suci
Panduan Pakaian/Keperluan Untuk Dibawa Ke Tanah Suci
PAKAIAN LELAKI
|
PAKAIAN WANITA
| ||
Tuala Ihram
|
2
|
Telekong Solat
|
2
|
Tali pinggang
|
1
|
Mini Telekong
|
2
|
Baju Biasa
|
2
|
Baju Kurung
|
3
|
Baju Melayu
|
2
|
Baju Maxi
|
2
|
Singlet Berlengan
|
4
|
Baju Tidur & Seluar Panjang
|
2
|
Seluar Panjang
|
2
|
Stokin
|
3
|
Kain Pelikat
|
3
|
Sarung Tangan
|
1
|
Tuala Mandi
|
2
|
Tuala Mandi
|
2
|
Tuala Kecil
|
1
|
Tuala Kecil
|
1
|
Stokin
|
2
| ||
Selipar Getah
|
1
|
Selipar Getah
|
1
|
Kasut Biasa
|
1
|
kasut Biasa
|
1
|
LAIN-LAIN
| ||
Buku Doa (kecil)
|
1
| |
Penyangkut Baju
|
5
| |
Beg Pakaian(Besar)-Berkunci
|
1
| |
Gunting Kecil
|
1
| |
Beg Sejadah
|
1
| |
Lencana Nama
|
1
| |
Beg Bimbit Sederhana
|
1
| |
Ubat Gigi
|
1
| |
Berus Gigi
|
1
| |
Sabun Mandi
|
1
| |
Uncang Besar
|
1
|
Nota: Ini adalah cadangan dan boleh dipertimbangkan dari masa ke semasa.
Untuk tempahan, sila klik Pendaftaran Online