Ramai yang bertanya mengapa upah haji murah. Boleh untung ke? Saya hanya tersengeh sengeh. Saya berkata dalam hati, " aku ni buat upah haji ni nak cari laba ke atau nak cari redha ALLAH?".
Bila saya bercadang untuk mulakan perkhidmatan ini, saya telefon kawan di Makkah dan dia beritahu " Betulkan niat enta dulu, kemudian baru ALLAH tolong". maksudnya saya kena perbetulkan niat saya untuk mulakan perkhidmatan ini sebagai jalan untuk saya beramal dan menolong mereka mereka yang berhajat melaksanakan badal haji ini daripada memikirkan sangat pulangan daripada perkhimatan ini. Jika saya ikhlas dan niat saya betul, insyaALLAH, Dia akan menolong saya dengan cara lain nanti. Amin.
Mengapa saya mengambil upah hanya RM1300.00 sahaja. Cukup ke nak laksanakan badal haji? Bagi saya jumlah itu sudah lebih dari cukup. Apa yang penting adalah perlaksanaan haji itu nanti dan bukannya berapa jumlah cenderahati yang akan diberi kepada waris kelak. Saya juga tidak melantik agen atau wakil-wakil kerana dengan adanya mereka ini, kos akan bertambah dan ditanggung oleh pengupah haji. Komisen yang tinggi antara RM150 - RM200 per pax bagi saya adalah tidak perlu. Sebab itu saya lebih rela berurusan terus dengan waris walau di mana sahaja mereka berada.
Oleh kerana upah yang saya kenakan adalah agak rendah, maka acap kali juga saya menerima wang tambahan saguhati daripada waris-waris dan wang ini selalunya saya gunakan sebagai sedekah dan derma bagi pihak arwah. Saya memohon dan berdoa agar saya sentiasa ditunjukkan jalan yang benar oleh ALLAH swt dan sentiasa ditetapkanNya pada jalan itu dan saya juga ditunjukkan jalan yang salah oleh ALLAH swt dan dipermudahkanNya untuk meninggalkan jalan itu. Aminn Ya Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment