Friday, January 25, 2013

Ilmu Tasawuf

Assalamualaikum wbt..!!!

Makna Ilmu Tasawuf
Makna dalam bahasa ialah assafa' bermaksud bersih, jernih dan hening daripada sesuatu yang najis dan kotor samada yang zahir ataupun batin. Dari makna istilahnya pula ialah menghilangkan atau melenyapkan segala perangai yang bersifat manusia dalam dirinya dan digantikan dengan perangai malaikat dan menyucikan zat tuhannya daripada sesuatu yang boleh menjejaskan ketuhananNya.

Kelebihan Ilmu Tasawuf
Ilmu tasawuf adalah ilmu agama yang paling mulia kerana ia termasuk dalam ilmu tauhid, malah ia adalah pati ilmu tauhid.

Faedah Ilmu Tasawuf
Faedahnya sampai kepada makrifat hak Taala (pengenalan secara langsung) sebagai makrifat yang sempurna.

Nisbah Ilmu Tasawuf
Jika dibandingkan dengan 3 bidang ilmu iaitu ilmu tasawuf, ilmu usul dan ilmu feqah, maka ilmu tasawuflah yang dapat mentahkik (mengakui dan membenarkan) ilmu usul dan menyucikan ilmu feqah.

Pelopor Ilmu Tasawuf
Orang yang mula-mula dikatakan memperkenalkan ilmu tasawuf ialah Syeikh Junaid Al Baghdadi.

Nama-Nama Lain Ilmu Tasawuf
Antara nama lain tasawuf ialah ilmu qalb (hati), ilmu batin, ilmu laduni, ilmu mukasyafah, ilmu asraar (rahsia), ilmu hakikat, ilmu zauqi, ilmu wijdaan dan al-ilmul makiinun (ilmu yang tersembunyi).

Sumber Ilmu Tasawuf
Ia diambil daripada AL Quran dan Hadis Nabi saw dan juga daripada ucapan dikalangan ahlinya (ariffbillah) yang sampai ke martabat yang diterima oleh orang ramai.

Hukum Belajar Ilmu Tasawuf
Syarak menetapkan bahawa menuntut ilmu tasawuf adalah wajib ain.

ALLAHualam


No comments:

Post a Comment