Tuesday, January 22, 2013

Kisah Saya dan Baju Hujan

Assalamualaikum..!!!

Saya selalu menunggang motosikal ke tempat kerja dan jarang sekali saya memandu kerana masalah sesak dan trafik jam. Suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, hujan turun dengan tiba tiba, jadi ramailah penunggang-penunggang motosikal yang berhenti untuk memakai baju hujan “rain coat” termasuklah saya. Setelah selesai saya meneruskan perjalanan. Rupa-rupanya hujan tu acah ja walaupun langit masih lagi mendung.

Saya lihat kat tepi highway tu ramai pulak penunggang yang berhenti bertujuan nak tanggal baju hujan “rain coat” semula. Saya sambil menunggang terus berfikir samada nak berhenti ataupun tidak. Nak buat macam yang ramai buat tu atau pun tidak. Akhirnya saya ambil keputusan tak nak buka baju hujan “rain coat” dan nak jadi minoriti atau pun golongan “mereka yang sedikit” kerana saya ada sebab saya sendiri.

Sebab pertama kerana saya menganggap perjalanan saya dari tempat kerja ke rumah umpama perjalanan hidup saya di dunia menuju akhirat. Hujan pula sebagai ujian ALLAH swt. Baju hujan “rain coat” tu pula saya anggap sebagai amalan saya.

Janganlah sebab hujan sudah berhenti, kita terus tanggalkan baju hujan kita kerana merasa tidak selesa atau takut di label sebagai pelik. Jadi lah kita seorang yang sentiasa istiqamah jika perkara itu perkara yang baik (mahmudah). Mana tahu, dalam perjalanan kita nanti tiba-tiba hujan turun lagi. Bukankah kita sudah bersedia sepenuhnya tanpa perlu berhenti lagi. ALLAHualam

No comments:

Post a Comment