Tuesday, January 22, 2013

Cukupkah Kita Bertaubat?

Drp Abu Hurairah (ra), beliau berkata: "saya pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Demi ALLAH, sesungguhnya aku memohon ampun dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali." Riwayat : Al Bukhari

Assalamulaikum wbt..!!

Semulia hamba dikalangan manusia adalah para nabi. Paling utama dikalangan para nabi adalah para-para rasul dan utama dikalangan para rasul adalah 25 rasul yang diceritakan dalam ummul kitab Al Quran. Dikalangan 25 rasul itu pula yang paling tinggi darjatnya adalah 5 rasul dan paling utama dikalangan para rasul yang 5 itu adalah Muhammad saw. Kita mestilah ingat bahawa antara sifat rasul adalah maksum iaitu bersih dari berbuat dosa.

Jika Muhammad saw yang paling mulia dan maksum pula masih lagi bertaubat lebih 70 kali sehari, Cukupkah kita bertaubat sekadar taubat Muhammad saw?? Memanglah hak mutlak ALLAH swt dengan asma dan sifatNya boleh memberi ampun pada sesiapa sahaja tetapi kita harus sedar dimanakah kedudukan kita yang hina ini. ALLAHualam.




No comments:

Post a Comment