Wednesday, January 23, 2013

Cara Rasulullah Berbicara

Assalamualaikum..!!!

Sempena maulidurrasul ini, marilah sama-sama kita hayati sunnah Rasulullah saw ini.

Aisyah berkata "Rasulullah saw tidak pernah bercakap laju seperti kamu semua. Beliau selalu bercakap dgn jelas dan terperinci, sehingga orang yg mendengar dapat menghafal apa yg mereka dengar". Riwayat Tirmizi dan Abu Dawud

Anas bin Malik bercerita "Rasulullah saw mengulangi percakapan beliau sehingga tiga kali supaya difahami (oleh mereka yg mendengar)". Riwayat Tirmizi dan Bukhari

Hasan Bin Ali bercerita. Aku bertanya pada pakcikku Hindun Bin Abi Halah. Beliau adalah seorang yg mengetahui banyak perkara mengenai Rasulullah saw. Aku berkata "Beritahulah kepadaku bagaimanakah cara Rasulullah saw berbicara.!". Hindun menjawab "Rasulullah saw adalah seorang yg selalu bersedih semasa mengadu kepada Tuhannya dan menyaksikan kebesaranNya. Beliau tidak pernah berhenti berfikir, lebih banyak diam, tidak berbicara hal yg sia-sia. Beliau memulakan dan mengakhiri bicara dgn menyebut nama ALLAH. Beliau berbicara dgn ringkas namun penuh bermakna.Kata-kata beliau terperinci, tidak berlebihan dan tidak dikurangkan.

Beliau bukan seorang yg kasar dan tidak suka menghina. Beliau selalu mensyukuri nikmat ALLAH walaupun sedikit dan tidak pernah sekalipun mencela kurniaan yg diberikan. Beliau tidak pernah mengeji mahupun memuji makanan.


Beliau tidak pernah marah disebabkan urusan duniawi. Namun jika kebenaran dilanggar, tidak ada satupun yg dapat menghalang kemarahan beliau sehingga kebenaran itu ditegakkan semula. Beliau tidak pernah marah dan tidak akan meminta pembelaan berkaitan urusan peribadi. Jika menunjukkan sesuatu, Rasulullah saw selalu menggunakan seluruh telapak tangan beliau. Apabila berbicara menjelaskan sesuatu, beliau selalu memukulkan telapak tangan kanan ke perut ibu jari kiri. Jika Rasulullah saw marah kpd seseorang, beliau akan berpaling dari orang itu dan menghindar. Apabila menyenangi seseorang, Rasulullah saw akan menjaga pandangan mata beliau. Kebanyakan tawa beliau adalah senyuman, giginya seumpama butiran mutiara". Riwayat Tirmizi




No comments:

Post a Comment