"Sembahlah ALLAH dan janganlah kamu mempersekutukanNya dgn sesuatupun dan berbuat baiklah kpd dua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yg dekat dan jiran tetangga yg jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.." Surah An Nisaa':36
Daripada Ibnu Umar dan Aisyah (r.a), mereka berkata: "Rasulullah saw bersabda "Jibril sentiasa berpesan kepada saya agar berbuat baik kepada jiran tetangga, sehingga saya mengira mereka, dia akan memberikanhak waris kepadanya". Riwayat Al Bukhari
Daripada Abu Hurairah (r,.a), bahawa Nabi saw bersabda: "Demi ALLAH tidak beriman.! Demi ALLAH, tidak beriman.! Demi ALLAH, tidak beriman.!". Ada seorang sahabat bertanya: "Siapa ya Rasulullah"? Baginda menjawab: "Orang yang jiran tetangganya merasa tidak selamat dari gangguan kejahatannya." Riwayat Al Bukhari
Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: "Saya berkata: Ya Rasulullah, saya memiliki dua orang jiran tetangga, kepada siapakah saya patut memberi hadiah"? Baginda menjawab: "Kepada tetangga yang paling dekat pintu rumahnya dengan kamu." Riwayat Al Bukhari
KHASIAT AIR ZAM ZAM (12.12.12)
...dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zam zam. Di dalamnya ada nilai gizi yang mengenyangkan dan merupakan penawar bagi segala penyakit".KHASIAT HABBATUS SAUDA' (12.12.12) ...riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Gunakanlah selalu biji ini (habbatus sauda'), kerana ia mengandungi bahan penawar segala macam penyakit melainkan al-sam; yakni kematian"
...riwayat Muslim dari Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya iblis akan meletakkan singgahsananya di atas air, lalu mengutus awak awaknya (untuk dibawanya berjalan jalan). Lalu dengan sengaja ia akan menghampiri sesebuah rumah tangga terutamanya yang menghadapi krisis kritikal. Apabila seseorang yang lain telah datang dan berkata: Aku telah melakukan begini dan begitu... (mendamaikan kedua pasangan suami isteri tersebut), maka si iblis akan berkata: Sebenarnya kamu masih belum melakukan apa apa. Kemudian ada seseorang lain yang berkata: Aku tidak akan lepaskan orang itu melainkan aku akan pisahkan dia dengan isterinya, maka iblis tadi akan cepat cepat menghampirinya lalu berkata: Ya ! engkaulah orang yang bijak".
Maka...memohonlah perlindungan daripada Allah SWT dengan membaca Ayat Kursi kerana daripada Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah bersabda:
"Apabila seseorang daripada umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya daripada kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh Al Quran sebanyak 3 kali, dan pada hari kiamat dia akan diberi mahkota daripada cahaya yang menyinari semua penghuni dunia".
Anas Bin Malik ra berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda :
"Tiga perkara, sesiapa yang jika padanya ada ketiga tiga perkara itu, nescaya ia akan merasakan kemanisan iman, iaitu ; Jika Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain lain, jika ia mencintai seseorang semata mata kerana Allah dan jika ia benci kembali kepada keingkaran sebagaimana ia benci dilempar ke dalam api".
Daripada Awf Bin Malik, katanya Rasulullah saw telah bersabda :
"Yahudi berpuak puak menjadi 71 puak, satu puak masuk syurga dan 70 puak masuk neraka, dan Nasrani berpuak puak menjadi 72 puak, 71 puak masuk neraka dan satu puak masuk syurga, demi diri Muhammad ditangan-Nya. akan berpuak puak pula umatku menjadi 73 puak, satu puak masuk syurga dan 72 puak masuk neraka". Baginda saw ditanya: "Ya Rasulullah, siapakah mereka itu?". Baginda saw menjawab: "Al Jama'ah".
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al Lalaka'iy dan Ibnu Abi 'Asim).
Berdasarkan hadis tersebut di atas. jelaslah kepada kita bahawa golongan yang selamat daripada neraka di kalangan umat Nabi Muhammad saw adalah golongan Ahl Al Sunnah wa Al Jama'ah iaitu golongan yang mengikuti Rasul dan sahabat sahabatnya.