INFORMASI


Penulis adalah graduan ITM (sekarang ini dengan nama UiTM) dan pemegang Diploma In Banking Studies (Finance) pada tahun 1989. Sekarang menjawat jawatan sebagai Pengurus Pengeluaran sepenuh masa di sebuah syarikat di Prai, Pulau Pinang. Berpengalaman bekerja lebih dari 20 tahun dalam perbagai bidang dan sektor seperti kewangan, pembuatan dan perlancungan. Di samping bekerja sepenuh masa, penulis juga bekerja sampingan di syarikat persendirian Al Baladul Amin Services iaitu syarikat yang menguruskan perkhidmatan upah haji dan perkhidmatan lain dengan amanat, bimbingan dan restu daripada bonda tercinta iaitu Hajjah Salmiah Bt Bakar. Semoga usaha kami ini diberkati ALLAH swt.



Penulis semasa bertugas sebagai mutawwif



MAKAM SHUHADA JABAL UHUD (27.01.13)


Makam Shuhada di Jabal Uhud. Sekarang tak boleh meninjau
 ke dalam lagi kerana pagar sudah ditutup sepenuhnya.




Beginilah rupa makam shuhada Perang Uhud. 
Sekarang tak boleh dilihat lagi.



BIR ALI (DZUL HULAIFAH) (28.01.13)

Bir Ali ataupun Dzul Hulaifah adalah miqat bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang melaluinya.Selalunya jemaah Malaysia yang mengabil pakej umrah akan mendarat di Jeddah dan seterusnya akan mengambil bas ke Madinah dan akan menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 410km melalui lebuhraya. Setelah 2 atau 3 malam di Madinah, jemaah akan berpakaian ihram dan berhenti sebentar di Masjid Miqat @ Masjid Dzul Hulaifah @ Masjid Shajarah di Bir Ali untuk berniat umrah.



Penulis semasa bermiqat di Bir Ali



PERKUBURAN MA'LA (28.01.13)

Terletak di sebelah timur Masjidil Haram. Antara salah satu perkuburan yang bersejarah di Makkah. Di sinilah terdapatnya makam Ummul Mu'minin Siti Khadijah, isteri pertama Nabi saw, para sahabat, tabi'in dan orang-orang soleh.



Perkuburan Ma'la



Kawasan berpohon hijau dikatakan terletaknya Makam Siti Khadijah

No comments:

Post a Comment