Sunday, January 27, 2013

Penciptaan Manusia

Assalamualaikum wbt..!!!

ALLAH swt mencipta manusia dari pelbagai kejadian sesuai dengan kuasa Kun Fayakun yang amat mudah bagiNya. Subhanallah..

Tiada Ibubapa
Nabi Adam dicipta berasal dari tanah.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Al Baqarah: 30

Ada Bapa Tiada Ibu
Hawa dicipta daripada Nabi Adam
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa)," An Nisaa':1

Ada Ibu Tiada Bapa
Mariam mengandungkan Nabi Isa tanpa bapa
"(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah)". A-li'Imraan:45

Ada ibubapa
Seperti kita semua serta keturunan kita. InsyaALLAH
"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat." Al-Insaan:2

ALLAHualam..

No comments:

Post a Comment