Sunday, April 7, 2013
Pilihlah Pemimpin Islam
Assalamualaikum wbt…
Sekarang ni kita sudah pun memasuki fasa untuk memilih pemimpin pada PRU 13. Sebagai orang islam, yang telah mengakui tiada sesuatu melainkan Allah swt dan Muhammad Bin Abdullah saw sebagai utusan dan pembawa syariat, maka wajiblah kita dalam soal memilih pemimpin juga mestilah menurut apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam kitab kalamNya Al Quran dan melalui apa yang telah dikhabarkan oleh RasulNya kerana tiada perkataan yang keluar dari mulut Muhammad saw melainkan dari Allah swt jua.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
(Al-Maaidah ayat 51)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
(Al-Maaidah ayat 57)
Dalam kedua-dua ayat di atas, Allah swt menyeru dan mengingatkan “Wahai orang-orang yang beriman”. Jadi sekiranya kita mengaku bahawa kita sebagai orang yang beriman dengan kitab dan RasulNya maka wajiblah kita ikut.
Pendapat saya…JANGANLAH MEMILIH BERSIFAT KEPARTIAN tetapi pilihlah pemimpin yang dapat menyelamatkan agama kita. Jika sekiranya pertembungan antara Islam dan Kufur, maka wajiblah kita pilih pemimpin Islam kerana itu lebih baik bagi kelangsungan politik dan agama kita. Dan sekiranya pertembungan antara 2 atau lebih pemimpin Islam, kita pilihlah pemimpin Islam berdasarkan ilmu dan amalannya. InsyaAllah..barulah Islam akan berjaya.
Allahualam..
Tuesday, March 26, 2013
Kisah Syeikh Abdul Qadir Jailani
Assalamualaikum wbt…
Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secaraberamai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.
Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing.Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.
Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.
Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja.Dia berkata:
”Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya.”
Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah.Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati.Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.
Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.
Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.
Kadhi bertanya, “Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?”
Syeikh Abdul Qadir menjawab, “Benar, saya ada kata begitu.”
Kadhi bertanya lagi, “Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu”?
Jawab Syeikh Abdul Qadir , “Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya.”
Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.
Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.
Kesimpulannya, kita tidak boleh mencapai dunia dan akhirat secara sepenuhnya dalam satu masa. Jika diberi ukuran 100%, maka kita terpaksa memilih. Jika mahu dunia 100%, maka akhirat 0%. Jika kita mencari akhirat 100% maka dunia 0%. Begitulah seterusnya. Jangan silap faham. Wali-wali Allah mencapai akhirat 100% dengan tinggalkan dunia lansung bukanlah bermakna mereka tidak makan, tidak berkahwin dan sebagainya. Maksudnya adalah ruh, akal, hati dan nafsu mereka sentiasa kepada Allah swt. Allahualam.
Wednesday, March 20, 2013
Malaikat Menyertai Jenazah
Assalamualaikum wbt...
Drp Ibnu Mas'ud r.a berkata "Rasulullah s.a.w bersabda: Nabi Daud a.s berkata "Ya ALLAH..apakah ganjaran bagi seorang yg membawa jenazah ke kuburnya semata-mata kerana mencari keredhaanMu".
Dikatakan: " Ganjarannya adalah para malaikat akan membawa jenazahnya dan mereka akan mendoakan ke atas rohnya bersama roh-roh orang yang salih yg lain.
Seperti riwayat hadis di atas, sebagai ganjaran kpd orang yang membawa jenazah adalah jenazahnya akan disertai dan diiringi oleh para malaikat apabila meninggal kelak. Mereka menyertai jenazahnya seperti tentera dan askar. Penghormatan dan kemuliaan yg diberikan oleh para malaikat yg merupakan makhluk ALLAH swt yg mulia bukanlah satu perkara yg kecil.
Di dalam dunia, ini tidak diperuntukan hatta kepada raja atau ketua negara yg teragung sekalipun. Ini adalah perkara yg perlu difikirkan bahawa apabila si mati memerhatikan bahawa dia dihormati dan dimuliakan dgn begitu hebat, sesungguhnya dia akan menghargai akhirat dan menganggap dunia sebagai tempat yg hina dan jijik. Ia akan menganggap bahawa meninggalkan dunia (mati) dan pergi ke alam akhirat sebagai sesuatu yg amat-amat menguntungkan.
Allahualam
Subscribe to:
Posts (Atom)