Monday, February 11, 2013

Masjid Bukan Tandas Awam

Assalamualaikum wbt..!!!

Saya terpanggil nak luahkan rasa tak puas hati saya kali ini tentang sesetengah golongan kita yang mengaku beragama Islam tetapi tak tahu adab dan buta hati. Maaf laaa...saya memang marah sungguh.....

Masjid adalah rumah ALLAH swt. Rumah Nya sentiasa terbuka untuk hamba dan tetamuNya yang ingin "mengunjungi"Nya. Fungsi utama masjid adalah sebagai tempat ibadat, tempat mengeratkat hubungan sesama islam. Perlu dingat kita mengunjungi tandas bila ada keperluan ketika di masjid dan bukannya mengunjungi masjid untuk ke tandas. Namun begitu, itu bukan lah masalah yang besar sangat. Masalah yang paling besar sekarang ni adalah keadaan mereka-mereka yang ke tandas masjid tu.

Baru-baru ini ketika selesai solat jumaat di Masjid Kapitan Keling, Penang, bas rombongan berhenti dari mana tahh..tetapi semua melayu islam. Depa pakat turun semua dengan ada yang tak tutup aurat, pakaian terdedah mencari tandas di masjid untuk buang "najis" mereka. Lepas selesai "kencing" dan "berak" mereka, siap pakat dok tangkap gambar pulak dalam kawasan masjid. Haruu sungguh..dan semua tu orang islam tu.  Hoiiiiiii...! Hangpa tak belajar ka atau sekurang-kurangnya beradap la sikit seperti orang melayu iaitu minta izin tuan punya rumah dan ucapkan terima kasih bila dah selesai seperti "terimakasih ALLAH kerana izinkan aku gunakan tandas rumahMu". Lebih baik lagi klu dapat solat tahiyatul masjid.

Pikir-pikir laa

ALLAHualam


No comments:

Post a Comment